Monday, June 8, 2009









MUAR, 6 JUN 2009
: Selain menghadiahkan suami dengan sebuah gitar elektrik kuning berharga RM10,000, penyampai ERA, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, telah memberikan satu kejutan kepada bonda tersayang, Rosnah Harun, 48, apabila menghadiahkan sebuah kereta Mercedes Benz CLK200 Kompressor berwarna putih.

"Kereta ini Nana hadiah untuk mak yang terlalu banyak berjasa menjaga Nana sejak kecil. Lagi pun ini kereta idaman Mak. Kalau ikutkan hati, Nana sebenarnya nak buat majlis kahwin ini pada 2 Jun lalu iaitu pada hari jadi mak. Tapi hari tersebut jatuh pada hari Nana bekerja.

"Nana pilih No plat kereta KCM ini bermakna Kereta Che Mahazan dan 66 adalah tarikh perkahwinan saya dan Brian serta tarikh pemberian hadiah ini," jelas Nana yang sebak ketika menyampaikan ucapan buat ibunya itu. Nana bagaimanapun enggan menyatakan berapa harga kereta itu kerana ia tidak akan sama dengan nilai kasih sayang terhadap ibunya itu.

Itulah kejutan Nana, 26, dan Mohamed Raqeem Brian, 34, pada hari pernikahan mereka di Muar, Johor, pagi tadi, Sabtu. Dengan 2 kali lafaz akad nikah, Brian yang juga pengurus kanan Hitz. FM, sah menjadi suami kepada Nana.

Pernikahan pada jam 11 pagi itu dilaksanakan Imam Masjid Jamek Sultan Ibrahim merangkap Jurunikah Daerah Muar, Imam Hj Azman Mo'min di teratak keluarga Nana. Sebelum itu, majlis nikah telah didahului dengan majlis pertunangan pada jam 9.30 pagi. Turut hadir merestui mereka adalah ibu Brian, Puan Loreta Yong Liew Fui, 62.

Nana yang cukup anggun menggenakan rekaan Putra Costry menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 serta wang hantaran sebanyak RM21,000. Pengantin lelaki memberikan 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran dari Nana yang salah satunya adalah gitar kesukaan Brian.

Yang jelas, jumlah wang hantaran yang diterima Nana ada kaitan dengan nombor 21 yang sememangnya cukup bermakna buat pasangan ini.

"Sebenarnya, angka 21 banyak makna Nana dan Brian. No itu ada kaitan dengan kereta, rumah baru kami, keluarga malah tarikh perkahwinan kami. Tak percaya, cuba campurkan 6 hb + 6 (bulan) + 0 + 9 (tahun) dan jumlahnya adalah 21," ujar Nana.

Selepas majlis pernikahan, pasangan mempelai terus menukar sepersalinan baju untuk majlis sanding yang bermula jam 2 petang. Nana diapit teman baiknya, Fara Fauzana manakala Brian pula diapit oleh pekerjanya, DJ Uno. Pada sebelah malam, perkahwinan Nana diserikan dengan majlis joget lambak yang majoritinya disertai penyampai ERA yang hadir.

Sementara itu, pasangan ini masih belum mempunyai perancangan untuk berbulan madu dalam masa terdekat memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya di bahagian penyiaran radio. Namun, jika tiada arah melintang, mereka akan pergi makan angin pada Oktober nanti atau selepas Aidilfitri.

"Nana akan terus jadi Nana ERA. Nana mahu jadi penyampai radio selagi diterima. Lagipun, Brian tak pernah halang minat Nana. Kalau berpeluang, Insya-Allah kami akan ke Maldives untuk bulan madu. Cakap pasal anak, kalau ada rezeki Nana mahukan 2 atau 3 anak. Tapi Nana tak pernah rancang nak anak bila. Kalau cepat Alhamdulillah," kata Nana.

Mempersetujui penjelasan isterinya, Brian juga mempunyai destinasi sendiri untuk membawa Nana untuk pergi berbulan madu. Selain bersependapat mahu ke Maldives, Brian mungkin akan membawa Nana ke pusat pelancongan tempatan seperti Pulau Redang atau Pulau Perhentian.

Majlis perkahwinan Nana diserikan dengan kedatangan penyampai ERA iaitu Aznil Hj Nawawi, Din Beramboi, Adi, Burn, Ray, Cham, Sepah serta pelakon Farah Puteri dan Bandi Amuk.

Orang kuat dan penyampai radio setiap stesen di AMP Networks juga turut meluangkan masa seperti Pak Tam (Bos Sinar FM), Adly (Bos X FM) dan Nila Kurnia. Pun begitu, Reza tidak dapat hadir kerana terlibat dengan rakaman program TV manakala Dina sibuk di majlis perkahwinan abangnya.


7 dulang dari pihak lelaki... brian.. dibalas 9 dulang oleh pihak nana


nana and brian

di meja pengantin... fara fauzana sebagai pengapit dan dj uno..




nana dan brian di atas pelamin.. cantik sangat2!!! baju die nmpak simple n very the nice!! cayalah NANA!!

1 comment:

  1. fuyoo vouge gela :P
    haha kawin mahal-mahal
    tak menjamin kebahagian :P
    am I right?:D
    btw.new here follow mollow yok :P

    ReplyDelete